Posted by: ghossmg | January 18, 2009

B Melayu vs English.. languages

Saya tidak suka English kerana pada saya, english adalah sesuatu yg asing!… tiada di jiwa. Saya dilahirkan dan dibesarkan dlm persekitaran semua melayu, bertutur, membaca dan menulis – semua melayu. Ya saya memang belajar English sejak daripada darjah satu lagi tetapi ianya terhad kepada sekolah sahaja dah tidak dipraktikkan dalam kehidupan harian. Sehinggalah saya tamat SPM, saya tidak mahir berbahasa English. Orang cakap, persekitaran sewaktu membesar banyak mempengaruhi kebolehan seseorang itu dan Oleh yang demikian, sehingga pada saat ini saya lebih selesa bertutur dan berurusan dalam bahasa melayu dalam apa jua kes lebih-lebih lagi dengan manusia melayu dan di negara Malaysia yg menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. 

Tetapi saya tidak boleh melawan pengaruh besar yang dibawa English. English adalah bahasa antarabangsa yg menjadi perantara utama dlm perhubungan antara kaum dan bangsa di seluruh dunia. Oleh itu saya kira penguasaan terhadap bahasa ini adalah wajib sekiranya seseorang itu ingin maju seiringan dengan perkembangan ilmu dan urusan dunia. Akhirat? Mungkin juga? Lagipun, adalah lebih baik (malah sangat2 baik) jika kita menguasai lebih dari satu bahasa, dua atau tiga atau lebih!

Saya mula didedahkan dengan persekitaran english sebaik mendaftarkan diri di Kolej Mara Banting. Sejak itu majoriti urusan terutamanya yang bertulis adalah dalam bahasa english. Bertutur pula kebanyakannya terhad kepada urusan dengan bangsa-bangsa lain. Sekarang sudah hampir 10 tahun sejak zaman kolej dan saya bersyukur kerana pengusaan saya dalam english boleh dikatakan meningkat berbanding dulu. (Ha.. sedar tak sedar sudah 10 tahun berlalu…. ). Walau apapun, samada english atau melayu, kedua-duanya adalah subset kepada semua bahasa diseluruh dunia.. yang pada hakikatnya membawa peranan yang sama. Pada pemikiran saya, antara peranan-peranan PENTING yg dibawa bahasa adalah seperti berikut:  

  • melambangkan kaum/bangsa – bahasa adalah unik bagi stp kaum, kita tidak akan faham bahasa sesetengah kaum jika kita tidak familiar dgn bahasa tersebut. Dalam conteks yang lain pula, kita boleh mengenalpasti sesuatu bangsa itu melalui bahasa yg mereka gunakan. Bahasa juga memberikan penuturnya mempunyai slang2 tertentu, corak percakapan yang tertentu.. bunyi yang tertentu. Kita tentunya dapat mengenalpasti bunyi cina, bunyi india dan bunyi arabic etc. Slang yang ada pada sesuatu kaum itu menjadikan bahasa itu indah.. 
  • bahasa pengaruhi ilmu yg diperoleh – kita tidak akan faham langsung buku yg berbahasa cina jika kita tidak tahu membaca/ mendengar org cina bercakap di radio. ini applicable semua bahasa yg lain. Seseorang itu mungkin sangat pandai, dapat full mark dlm exam utk subjek e.g. dlm sains, fizik, math, geography, sejarah…. dlm satu bahasa penyampaian contohnya dlm bahasa melayu.. tetapi dia akan jadi sangat bodoh sekiranya bahasa penyampai itu ditukar dlm bahasa english.. zero marks for all exams.. so.. bagaimana kita mahu mengukur kepandaian seseorang? kepandaian mereka adalah subject kepada bahasa mereka?. Jadi, bagaimana sesuatu ilmu itu di import / eksport dari satu kaum ke kaum yang lain yg hanya mahir menggunakan bahasa kaum mereka?? yang nyata, mereka perlukan perantara ataupun penterjemah yg mahir kedua-dua bahasa.. hmm.. ilmu dlm bahasa juga boleh dinilai melalui vocabs yang dikandungi. English, arabic, to name a few adalah bahasa yang mengandungi vocabs yang sangat banyak.. bahasa melayu pula mengandungi vocabs yg terhad. apa salahnya jika kita memperkayakan lagi vocabs yg kita ada e.g. mengambil vocab dr bahasa asing. takde salahnya kerana ini akan memperkayakan lagi bahasa kita🙂 . ilmu melalui bahasa.. jika kita praktickkan hari-hari melalui pertuturan, penulisan, membaca pasti mengukuhkan ilmu itu, sesuatu yang hebat!!. Masalah yg ada pada saya ketika ini ialah… ilmu itu banyak yg terkandung dalam bahasa english, notes, .. terkadang sukar memahaminya.. jarang dicommunicate / dibincangkan kerana medium percakapan biasanya adalah melayu.. yg nyatanya tidak dipraktikkan secara optimum! Oleh itu ilmu yg ada dlm bahasa itu tidak 100% difahami dan dimanfaatkan.  Saya berpendapat, sekiranya ilmu english itu di terjemah kepada bahasa melayu ianya akan menjadi lebih seronok untuk di kongsi bersama dan dipraktikkan! Negara2 maju seperti japan, russia, uk  menggunakan bahasa mereka sendiri. Walaubagaimanapun, kemampuan seseorg mahir dlm beberapa bahasa adalah sesuatu bonus tetapi mereka pasti akan mempunyai satu/dua bahasa yg mereka lebih fasih dan merasakan diri mereka mesra dgn bahasa itu. 
  • bahasa menghubungkan manusia – perpaduan. secara dasarnya, kita tidak akan dapat berinteraksi dengan seorang manusia lain jika kita tiada bahasa. Jadi, dlm satu2 komuniti bahasalah yang menghubungkan kita. Kita akan lebih mesra dgn seseorg yg fasih menggunakan bahasa kita berbanding dgn org lain yg tidak mahir menggunakan bahasa kita. Bahasa ‘pasar’ juga memainkan peranan yang penting dlm pemakaian bahasa yang lebih memudah dan memesrakan sesuatu masyarakat. 
  • tidak perlu takut jika struktur bahasa yg kita tutur itu salah asalkan fungsi bahasa itu dimanfaatkan. sebagai contoh, kita belajar bahasa english, well the fact is that we never speak english so it’s okay to speak broken english.. only that sometimes we are not confident so ultimatley we prefer to just keep out mouth shut instead of speaking our thought out! hm.. jika berkara ini berlanjutan, kemajuan kita utk menguasai bahasa english itu pasti akan terbantut. Belajar bahasa tidak seperti belajar sains, sejarah etc kerana subject2 tersebut menggunakan bahasa tertentu dlm penyampaiannya. Sebaliknya belajar bahasa memerlukan seseorang itu menghayati melalui pemahaman, mempraktikkan secara bertutur dan menulis. 
  • Dan lain-lain 

Okay, hujah-hujah diatas adalah serba sedikit tentang bahasa. Sekarang saya tidak kisah berbahasa apa asalkan saya faham maksud yg ingin disampaikan. manusia dibumi malaysia sekarang ni lazimnya menggunakan banyak bahasa. dibandar, english digunakan berleluasa… kampung pula, bahasa melayu la and sometimes and certain places menggunakan bahasa minoriti dorang e.g. jawa, bugis, minang etc.. chinese and indian pula menggunakan bahasa mereka masing222.. so it’s a bit rojak.. bahasa melayu adalah kebangsaan so this bahasa lah yang menyepadukan kita di bumi malaysia ini. 

Between english and malay, i prefer malay… but now as you can see… i’ve written a rojak karangan here!! apparently i m trying to write all in malay in a proper manner e.g. SPM like karangan but somehow it is difficult for me to find the right words to describe things…. so here come the rojak karangan lah.  Hm.. i dont know.. but i think from now on.. i wont care about this bahasa stuff.. well.. indeed i feel strange to speak english to malay counterparts.. just that i will feel uncomfortable, unfriendly.. my english normally will be sooo skema and nerdd.. ehehehe.. .. ok ok.. enough about this. 

Bahasa melayu..  – saya tiada masalah dgn bahasa ini… semuanya ok.. oh uh hmm. …  i love usman awang poetry.. hehe🙂

English…  – there are lots more vocabs that i ll need to learn… when i read things.. there are always words i cant understand.. hm.. until when??  i dont know but there’s sure alot of vocabs out there that i dont know.. grammar wise.. i think i m okay now.. still not that good.  

Jawa.. – percakapan kureng.. but pemahaman (mendengar percakapan org) not that bad.. bahasa jawa di sini lazimnya lebih kepada pertuturan tidak penulisan. Potensi utk bahasa ini pupus mmg tinggi di bumi melaya ini. 

Bahasa Indonesia... – okaylah sekadar nak faham dan cakap sket2.. still.. much the same as bahasa melayu.. got no problem with this.. i think i can still survive if i were living in indonesia suddenly.. hehee

Arabic.. only some basic sentences /words tahu.. hhahaha.. lain2 nan ado..  ini bahasa al-Quran.. adalah sangt digalakkan malah akan sangat best jika kita faham bahasa ini.. i used to learn arabic during sekolah agama time in johor.. but the outcomes are nothing! i regret for my ignorant towards this bahasa.. hm..😦

dah.. lain2 bahasa ZERO.. hahah

Oleh yang demikian, apa yang penting disini ialah… bahasa adalah satu perkara yang sangat indahhh… adalah digalakkan kita menguasai banyak bahasa berlandaskan kepasa kepentingan-kepentingan bahasa yg saya gariskan di atas e.g. ilmu yg dikandung. So.. dont you ever complaining about bahasa anymore..confidence or not.. asalkan fungsi bahasa itu dimanfaatkan.. voice out our thought!! e.g. via blog such as this.. hehe😛 what s important is you need to focus on ur future living.. mencari keredhaan Allah swt.. bahasa2 ni redahhhhh je.. tp mempunyai kemahiran berbahasa yang baik adalah sesuatu yang HEBAT….  ok.. !!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: