Posted by: ghossmg | December 4, 2008

Graduation day – historic moment in life

my sis graduation

my sis graduation

Graduation day.

Dlm lingkaran hidup di tempat saya membesar, memang hari graduasi ini merupakan satu acara yang ‘di pandang’ oleh masyarakat setempat lebih-lebih lagi pada suatu ketika dahulu kadar bilangan lepasan universiti agak kurang berbanding sekarang. Dengan peredaran masa, tidak dinafikan hari graduasi dilihat sebagai hari yang biasa, jika dilihat dari mata kasar. Namun, jika diperhalusi kedalam hati dan perasaan mereka yang melaluinya (jika tidak semua) hari ini ternyata menjadi mercu tanda mereka melepasi satu fasa hidup yang dinamakan pendidikan (formal). Sepanjang tempoh mereka melalui ‘stress’ dan banyak lagi pahit manis kehidupan belajar dan berkawan, inilah hari untuk mereka meraikannya. Selepas hari ini, masing-masing akan melalui liku hidup yang berlainan yang sememangnya lebih mencabar. Anda akan melaluinya dan anda akan tahu!

Ternyata dalam tempoh masa kurang dari 20 tahun, banyak perubahan telah Malaysia capai terutamanya perubahan dan tekanan yang diberikan dalam sektor pendidikan. Kini bukan sahaja bilangan universiti awam bertambah bagai cendawan tumbuh di setiap negeri, universiti swasta juga melalui fasa yang sama. Dengan bertambahan universiti bermakna bertambahlah bilangan graduan, dan secara tak langsungnya masalah graduan tidak berkerja junga bertambah.

Secara peribadi, saya tidak pernah menghadiri sebarang majlis anugerah graduasi sehinggalah saya sendiri yang melaluinya apabila menerima ijazah pada tahun 2005. Dan pada 30 Disember, saya meraikan adik yang meraikan majlis convocationnya. Ia adalah suatu hari yang bagus! Sebenarnya saya juga sepatutnya terlibat dalam majlis convocation pada 2 ataupun 3 Disember untuk Ijazah MSc tetapi memandang faktor lokasi dan hal-hal lain, maka tidak perlulah untuk saya menghadirinya. Cukup dengan ijazah itu sampai melalui pos.

Dengan pencapaian kita mendapat ijazah, maka ia adalah satu tanda kita boleh. Tetapi masa depan tetap belum pasti selagi kita tidak terus berusaha mencapai apa yang kita mahukan dalam hidup. Semoga terus berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: